Monday, 28 November 2011

BLOUSE PURPLE

Blouse puple ini aku siapkan sehari jer..anakku Haziq tido ,aku pun memulakan operasi menjahit blouse ini. Blouse ini sesuai di pakai dengan skirt ataupun seluar slack..Ini la hasilnye...



Sunday, 16 October 2011

Jubah Moden

Direka hasil kerja tangan saya sendiri ..serta diucapkan terima kasih kepada Cikgu Hafizah (Jalabiyahouse) yang mengajar saya..ini la hasilnye..pada hujung baju pula saya letak getah seluar budak...

Blouse

Blous yang direka oleh saya..saje nak try buat..alhamdulilah jadi..blouse pada hujung tangan baju saya letak getah seluar budak hehehe...ini la hasilnye..tada..........cantik tak..

Friday, 6 May 2011

Hasil Kerja Tangan Sendiri

Tudung ala Syiria / Ariani..
















Ariani ala Lina..hehehe..jadi tak???

Jahitan manik pada lengan baju kurung pahang....hehehe...   

Wednesday, 27 April 2011

Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Cara Tradisional untuk mengempiskan perut ialah :-

1. Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan
satu sudu besar ir limau nipis.

2. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

3. Bancuhkan sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

SSELAMAT MENCUBA !!!!!

Wednesday, 13 April 2011

Lewat ke Tempat Kerja

Salam ,

Ari ni aku bangun, kul 5.30 pg..seperti biasa, masak makanan untuk si baby kecik haziq.aku masak ikan pari singgang jer..selalunya aku masak bubur ayam , tapi ari ni aku ubah selera la plak.sian haziq asyik makan yang sm jer, tapi menurut mama pengasuh , haziq memang suka makan bubur ayam, laju jer dia makan.Aku masuk keje pun lewat gak ari ni , punch card tadi merah 8.05 pg..huhuhu...x pe la tulis kat punch kad , suh bos sain habis cerita..HAHAHAHA....

Wednesday, 6 April 2011

KOLEKSI PANTUN

Anak kambing anak rusa,
Hidup di hutan bersama-sama,
Kalau berbudi kita berbahasa,
Budi yang baik dikenang jua.

Bunga melati harum baunya,
Berkembang mekar cantik rupanya,
Jangan mengata tak tentu hala,
Kerana di hati tidak diduga.

Dalam bakul ada permata,
Pertama indah pelbagai warna,
Belajar dahulu sebelum bermula,
Supaya hidup dijamin berjaya.
 
Sekian, terima kasih.